Sunday, February 27, 2011

TIIN (Ficus carica)



Buah Tiin adalah buah yang paling istimewa di kalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan buah Tiin ketika bersumpah dan menamakan satu surah dalam Al-Quran dengan nama Al-Tiin.


Nabi Muhammad pernah menyatakan tentang buah Tiin dan nilai ubatan yang terdapat padanya. Sabda Nabi :"Makanlah kamu semua dan makan darinya (buah Tiin),sabda Nabi lagi, sekiranya Aku katakan: "sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata "inilah buahnya" ini kerana buah syurga tiada keraguan. sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."




ALLAH bersumpah dengan kedua-dua buah ini kerana kedua-duanya merupakan hasil bumi yang amat menakjubkan di tengah-tengah pohon yang lain.


Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah membuka aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.
buah tin basah
Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar). Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

Prof. J. A Vinson dari Universitas Scranton Amerika Serikat telah membuat kajian dan membuktikan bahwa, Buah Tin mengandung khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Buah Tin tidak mengandung garan, lemak dan kolesterol, tetapi mengandungi lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Hasil penelitian dalam 100gram buah Tin, mengandung 20% daripada keperluan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Kajian menunjukkan, bahawa serat terlarut boleh membantu gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanser usus besar (koion).




Makanan yang kaya akan serat mampu mengurangkan berat badan, oleh karena itu Buah Tin juga sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.


Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam Buah Tin adalah dapat dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanser. Di dalam Buah Tin mengandung "polyphenols" yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karana dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Disamping itu, Buah Tin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanser, yaitu "benzaldehyde" dan "coumarins". Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan "coumarins" adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.


Disamping itu,serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tin dapat mengurangkan serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi. Satu berita baik bagi pengidap penyakit darah tinggi, karena dengan memakan Buah Tin dijadikan pencegah penyakit tersebut. Untuk penyakit kencing manis, serat yang terdapat di dalam Buah Tin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, yaitu glukosa dan fruktosa mampu mengontrol kadar gula darah seseorang.


Sehubungan dengan itu, Dr. Oliver Alabaster, Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahwa jika seseorang mengambil Buah Tin, sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangka panjang. Maka tidak hairanlah jika Buah Tin disebut oleh pakar-pakar makanan pada saat ini sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), karena Buah Tin bukan sekedar mengandung zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu dan bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.

No comments:

Post a Comment