Friday, February 25, 2011

kismis


Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:

  •  Membantu meningkatkan memori dan hafalan
  •  Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan
  •  Melawaskan pembuangan air besar
  •  Melindungi hati
  •  Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
  •  Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
  •  Membantu sebagai penerang hati
  •  Membantu menguatkan hafalan
  • iMembantu menajamkan mata dan minda
  • Membantu memulihkan keletihan saraf
  •  Membantu menguatkan daya ingatan
  • Membantu mengurangkan stress
  •  Membantu merawat penyakit histeria
  •  Membantu merawat penyakit gementar
  • Membantu merawat penyakit anemia
  • Membantu merawat masalah sembelit
  •  Membantu merawat masalah pelupa
  •  Menambah fahaman serta minat belajar
  • Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. INSYA’ALLAH.

1 comment:

  1. Salam, ada tak sumber dari mana dapat hadis2 pasal kismis tu...mohon link kalau ada

    ReplyDelete