Saturday, February 19, 2011

Kurma atau Tamar??

Di dalam al-Quran Allah swt memanggil ‘Kurma’ dgn kalimah ( النـَـخْل ). Manakala di kalangan bangsa Arab ia dipanggil dengan: ( نخيل التمر – نخيا البلح - رطب ). Sepertimana firman Allah swt dalam surah al-An’am, ayat; 99 & 141 yg bermaksud:

Ayat; 99:
"Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari
 pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi orang-orang yang beriman".




Buah Kurma mengalami 5 tahap perkembangan yang memerlukan waktu sekitar 6 Bulan untuk menjadi Kurma Masak dan siap untuk dimakan.


Tahap Pertama disebut "Hababbuk @Saddi". Pada peringkat ini kurma berbentuk bulat dan berasa pahit




Tahap Kedua disebut "balah". Pada tahap ini, buah kurma mulai tumbuh dan memanjang, berwarna hijau dan berasa kelat/sepat.

Tahap Ketiga disebut "busr" ataupun"Khalal" dengan warna kuning kemerahan dan rasanya manis bercampur kelat/sepat.


Tahap Keempat disebut "Ruthab" iaitu ketika sebahagian buah kurma terkelupas dan berserat seperti daging, warnanya kuning keperangan seperti madu, lembut dan rasanya manis seperti gula

Tahap Terakhir disebut "Tamar" dengan warna semakin pekat dan kulitnya berkerut.

.
 Ketinggian Nilai pada Kurma

1)Keistimewaan kurma menurul alquran dan hadis

Sabda rasulullah SAW

"Jika salah seorang dari kamu berbuka puasa, maka sebaiknya ia berbuka puasa dengan kurma; kerana buah kurma itu berkat. Jika tidak menemukan buah kurma, maka (sebaiknya ia berbuka) dengan air kerana air itu menyucikan" (HR at-Timidzi dengan kedudukan Sahih)


kurma ajwah

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amirbin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallambersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal
daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yangmenyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut didalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itukepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak. (Surah Maryam: 25)Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. 


Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalambuah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. BagiIbu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapatmenggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalampertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antarakajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang palingpantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan
ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak


Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurmasebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadisriwayat Ahmad)

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata :
Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :"Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buahkurma.


2)Kelebihan kurma menurut kajian saintifik

Fructose bertukar menjadi glukosa dengan cepat dan diserap secara langsung terhadap sistem pencernaan sehingga keperluan tenaga tubuh dapat terpenuhi terutama pada jaringan tubuh yang sangat bergantung pada glukosa misalnya sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang sum-sum.

Fructose dan Sililose memiliki efek tenaga Zink bagi menggerakan Vermicular usus. Disamping itu ianya juga sangat penting dalam menghantar nutrisi ke tempurung otak dan turut serta dalam pembentukan pensenyawaan fostat yang menyalurkan tenaga dan menghantarnya ke seluruh sel-sel tubuh.

Semua Vitamin yang terkandung dalam Buah kurma seperti Vitamin A, B1 dan B2, Biotine, Riboflotine dan lain-lain memiliki peranan aktif dalam proses asimilasi makanan. Vitamin ini juga berfungsi sebagai penenang saraf.

Mineral pula berperanan penting dalam pembentukan enzim yang digunakan dalam proses-proses utama tubuh di samping berperanan penting dalam menstabilkan asam alkali di dalam tubuh. Dengan demikian keteganan otot dan saraf akan hilang.






Selain itu juga, kajian juga mendapati Magnesium di dalam Kurma juga dapat mengatasi masalah Gejala Penuaan.






Disamping itu juga, kajian mendapati bahawa buah kurma mengandungi serat (Zat-zat Fiber) yang menjadi faktor terpenting dalam mengaktifkan gerakan usus dan elastiknya. Zat-zat fiber ini merupaka pencuci perut semulajadi seta sekali gus mencegah sembelit, gangguan pencernaan, dan masalah ragaman tubuh yang lain. Bahkan buah kurma merupakan Ubat Sembelit jika ditelan dengan air liur pada pagi hari.

Kurma Mentah (Balah Ruthab) juga mengandungi hormon Pitosine. Antara khasiat hormon ini adalah membantu menguatkan pembuluh darah pada rahim. Hormon ini membantu mencegah terjadinya pendarahan pada rahim



1 comment:

  1. copek bona post..bru je tgk ad 2 ni 4 dh..gigih dia..huhu

    ReplyDelete